Friday, June 02, 2006

Jauh

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Sebenarnya, hidup ini cukup kalau sekadar dpt menjadi hamba Allah yg taat..Sbb itu, hidup aku x pernah2 cukup, sbb aku bukan seorg hamba yg taat. sblknya seorg yg ingkar dn hina. Kadang2 aku rs aku ni jauh yg terlalu jauh drp Dia. Aku tak dapat langsung nak menggapai Allah dlm hidup aku. kadang2 aku bertanya pd diri, "memang aku ditakdirkan begini?", " Allah mmg nak aku berkesudahan begini?", atau, " Allah x sayang pd aku?" atau 'Adakah aku akan menjadi gila?", ataupun juga.."kenapa hidup aku susah?"..dan kadangkala.."kenapa aku, bukan org lain?"..persoalan2 ni sume bodoh utk aku bertanya..selain menjejaskan akidah aku, ia sudah jelas terang dtg dgn jwpn..cuma aku terlalu byk bertanya persoalan "kenapa" dan "mengapa", drp bertanya.." bagaimana" penyelesaiannya? --jawapan2 Allah tidak akan mengubah nasib seseorg melainkan dia sendiri yg mengubahnya..ayat yg popular di dlm Al-Quran. Allah itu maha pengasih dan penyayang, yg mana kasih syg Nya mendahului kemurkaanNya..itu jelas sifat Allah. byk lagi, ada dlm kepala otak aku, cuma aku x dpt menulisnya scr penuh krn aku lupa ayat full nya.

tapi, yg pasti, aku selalu bertanya kenapa dan kenapa. Kdg2 aku tidak menolak, banyak solan2 bgitu yg dtg dlm keadaan aku sedang tertekan. Menjadi seorg pesakit OCD, x byk perkara yg dpt aku lakukan. X semua perkara mudah bg aku, spt mudahnya bg org lain. kdg2 aku x fhm, mcm mana aku menghidap penyakit pra-gila ni. aku normal spt biasa dulu, wpun simptom2nya dh ada, cuma dlm 5 thn kebelakangan ni, mmg aku diserang OCD yg terlalu kritikal. Apapun, syukur kpd Allah kerana walaupun Dia mendatangkan penyakit ini kpd aku, Dia lampirkan skali aku dgn sedikit ilmu, kalo tidak aku pun xtahu di mana tempat aku berada skrg, mungkin waktu ini, kalolah aku terlalu jahil, aku pinggirkan terus agama drp hidup ku..Aku penghidap OCD religiously.

Sebenarnya aku skrg pun sudah meminggirkan agama. benda yg dulu aku sgt titik bratkan, skrg aku dh pandang sebelah mata atau mungkin buta memandangnya. bab aurat, solat, muamalat. mmm. aku sedih dgn diri sendiri. nak terlalu membenci, x tergamak, sbb kalo aku tidak terus menyokong diri, siapa lg? Dalam keadaan yg tidak berharap apa2 ni, seolah2 berputus asa, tapi aku melangkah juga mana yg dpt..sekurang2nya aku msh x mengaku kalah, walaupun jelas terang aku memang sudah kalah jatuh terlentang.

Dalam 2 bulan lbh dr skrg, aku bakal menjadi isteri org. Setelah menjd isteri org, bakal pula menjadi ibu kalo dianugerahkan Allah. InsyaAllah. Entah bagaimana aku hendak menghadapi sume itu. Menjadi isteri, menjadi ibu, dlm keadaan aku sendiri terawang2. dalam aku sendiri gagal mengenal Tuhan. Aku terlalu berharap perkahwinan ini dpt menolong status aku di depanNya. walaupun tunang ku kdg2 tidak puas hati, krn bgnya aku memilih dia smata2 krn dia lbh baik drp aku, maka die dpt membimbingku..bgnya aku tidak jujur menerimanya..tapi, kalo nak dihitung, di timbal blk, die ptt berbangga, krn aku memilih dia benar2 krn inign menjadi hamba Allah yg baik, memilih dia krn berharap dia dpt menuntunku menuju Allah..x banggakah dia. Aku memilih dia krn Dia Yang Maha Hebat?! Dia sudah ade status yg baik sbnrnya di mataku, tp dia x pernah mengira itu..krna bg aku, kasih syg ini sebenarnya semua milik Allah, Dia memberi perasaan itu kpd siapa2 sj yg Dia suka..maka itu tidak penting, krn bukan kerja kita hendak mencari kasih syg manusia dan menyuruh manusia kembali syg kpd kite..sblknya kalo kite kasihkan Allah, maka semua akan mengasihi kita, dan itulah kasih syg yg sejujur2nya..

Aku ingin mengisi hari2 yg baki ini dgn menjadi hamba Nya yg taat, tp adakah aku mampu? setelah berulang kali berazam, kesudahnayya masih sama...

Sekian.