Sunday, June 04, 2006

Artikel mengenang ahmad asan

Ahmad Hassan yg ku kenali beberapa tahun dulu, sebagai teman komunikasi di layar mirc ( hehe) kini sudah bertukar status menjadi org penting dlm hidupku. Kali pertama aku melihat dia, dgn snow cap nya yg berwarna merah...rumetnya pula asek dgn kopiah hijau..aku pernah terpk2, kopiah or snow cap yg dipakai hari2 ini, di basuh atau tidak..entah apa bau nya, hanya tuan punya snow cap dn kopiah saja tahu..WaLlhahua'lam..huhu.

Tapi, aku bukan ingin bercakap tentang snow cap. Aku ingin menulis pasal tuan snow cap merah tersebut. Dia bukan kenalan rapatku, seorg yg agak asing bg aku selama ini. Wujud dlm hidup aku sekadar teman chat yg xde la rapat sgt kot, encik menjawab msg frenster..tapi itu dulu, sekarang dia bakal menjadi org BESAR dlm hidup aku..bulan lapan nanti, insyaAllah, dia akan menjadi BOS baru utntuk kompeni baru, dan aku pekerja tunggalnya..( itupun kalau die tiada pekerja lain!)

Terasa ingin menulis tentang ahmad asan krn sedih dgn keadaan beliau. Sekarang VCM sedang diulit TA activity yg bjalan tiap2 hari..Kalolah aku pekerja VCM, dlm ms beberapa jam agaknya aku dh kene buang keje. Untuk TA ni saja, asan kena masuk dr lepas subuh sampai mlm, duduk dgn baju yg sama di plant berkarat tuh. ( hehehe..) Bygkan hampir sebulan bekerja tanpa henti..mmm, teringat aku artikel penggunaan syabu dlm metro td, effectnya, org akan bekerja mcm robot, boleh x tido sampai 15 hari..adakah org2 di plant VCM juga sama? NauzubiLlah. Kalo tak dapat dadah, anak dadah..itu sudah mesti..Anak dadah, rokok! Bila org sudah kurang berharap pd Yg Di Langit, sume ingin bergantung pd rokok lah, dadah lah, syabu lah konon2 utk bertahan..sdgkan itu sume pun makhluk, apa lah daya makhluk?! Berbalik pd ahmad asan, aku pun xtahu die makan atau tidak, kalo die bernasib baik, die dpt keluar dr plant utk thari. tah bila PETRONAs hendak melelong VCM yg "memenatkan, pahtu asek rugi je" ni. mm. xpelah. dh xde idea.

Kps ahmad asan, bekerja lah tetapi biarlah berpada2...sekian..

wanita

Menjadi wanita bukan mudah. tiba2 terasa begini kerana hari ini aku mengalami unbalance hormone mode, menyebabkan aku terasa hendak marah org, terlalu sensitif. Perbuatan menguak langsir oleh hawwa ktika aku sdg tido pg td benar2 buat aku sakit hati..Adeh, kenapa lah aku ni..Benar terasa seperti menyibuk saja tindakannya itu, seperti hendak memerli aku yg sedang enak tebongkang di bwh selimut..terasa sakit hati yg amat..terasa spt " bilik siapakah ini..rs mcm bilik aku.."..masalah hati yg teruk. ehehe, rupa2nya aku mengalami perubahan hormon hari ini..ngeh ngeh.

teringat kata2 ustaz ridhuan tee.."kesian permepuan, byk mengalami perubahan hormon.."

wahai bakal suami, adakah kamu bersedia menghadapi fenomena ini?

Artikel from masjid.com

8 Petanda Dia Adalah Jodoh (Soulmate) Kamu...


ermmm,dipetik dari BDN..macam menraik je..

Dua manusia yang merasa saling berjodoh pasti memiliki ikatan emosional, spiritual dan fizikal antara keduanya.
Hanya dengan menatap mata atau mendengar suaranya, kita akan merasakan getaran dan seolah ingin terus bersamanya. Benarkah seperti itu? Lalu, apakah ada petanda lainnya agar seseorang dapat merasakan bahawa si dia jodoh (soulmate) kita atau bukan?

Petanda 1
Rahsia sepasang kekasih agar dapat memiliki usia hubungan yang panjang adalah dengan adanya saling kerjasama. Kamu dan dia selalu dapat saling membantu, dalam urusan remeh atau
besar. Paling penting adalah kamu berdua selalu dapat melalui segala aspek kehidupan secara bersama-sama. Dan semuanya terasa amat menyenangkan meskipun tanpa harus melibatkan orang lain. Apakah kamu sudah merasakan perkara tersebut? Jika ya, selamat... kerana ada harapan bahawa dia adalah calon
pendamping hidup kamu!

Petanda 2
Salah satu kriteria yang menentukan sesuai atau tidaknya dia sebagai jodoh kamu atau bukan adalah kemampuannya bersikap bersahaja di depan kamu. Cuba sekarang perhatikan, apakah gerak-gerinya, caranya berpakaian, gaya rambutnya, caranya berbicara serta tertawanya mengesankan apa adanya? Apakah setiap ucapannya selalu tampak spontan dan tidak dibuat-buat? Jika tidak, (maaf) kemungkinan besar dia bukan jodoh kamu!

Petanda 3
Adanya deria batiniah membuat hati kamu berdua dapat selalu saling tahu. Dan bila kamu atau si dia dapat saling membaca fikiran dan menduga reaksi serta perasaannya satu sama lainnya pada situasi tertentu. Selamat! Sebenarnya dialah destini kebahagian kamu...

Petanda 4
Bersamanya dapat membuat perasaan kamu menjadi tenang, selesa dan tanpa perasaan tertekan. Berjam-jam bersamanya, setiap waktu dan setiap hari tanpa membuat kamu merasa bosan... Inilah petanda bahawa kamu berdua kelak akan saling terikat.

Petanda 5
Dia selalu ada untuk kamu dalam situasi apapun. Dan dia selalu dapat memahami situasi dalam hati kamu baik dalam suka dan duka. Percayalah pasangan yang berjodoh pasti tak takut
mengalami pasang-surut, suka-duka saat bersama. Sekarang, ingat-ingat kembali. Apakah dia orang pertama yang datang memberi bantuan tatkala kamu dirundung musibah? Dia selalu faham saat emosi kamu terganggu? Dia tahu keadaan waktu anda sakit? Jika ya, tak salah lagi. Dialah orangnya...

Petanda 6
Dia tak terlalu peduli dengan masa lalu keluarga kamu, dia tak peduli dengan masa lalu kamu saat bersama kekasih terdahulu. Dia juga tak malu-malu menceritakan masa lalunya... Nah, kalau begitu ini bisa berarti dia sudah siap menerima kamu apa adanya..

Petanda 7
Setiap orang pasti memiliki kekurangan, dan kamu tak malu-malu memperlihatkannya pada si dia. Bahkan pada saat kamu tampil 'buruk' di depannya sekalipun, misalnya saat kamu bangun tidur atau saat kamu sakit dan tak mandi selama dua hari. Ataupun menceritakan sejujurnya kepada kamu tentang kelemahan dan kekurangannya... Nah! Kamu dan dia memangnya disuratkan untuk bersama!

Petanda 8
Bila merasa rahsia kamu bisa lebih selamat di tangannya daripada di tangan sahabat-sahabat kamu yang lain. Atau kamu merasa sudah tak dapat lagi menyimpan rahsia apapun darinya, maka berbahagialah! Kerana ini bererti pasangan sejati telah kamu temukan!

Apakah kelapan petanda di atas telah kamu temukan padanya
teman,ku harap dikau tak mjadikan aku sbg p'singgahan buatmu buat seketika.aku impikan p'singgahanmu adalah buat selama2nya utk diriku.mengertilah